Ber'santai' bersama ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

✿Jom baca entry ASFIERA minggu ini ✿

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, October 25

tips utk menangani anak...




1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak 

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. 

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"





Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Sunday, June 26

ANEKA PETUA

salam dan selamat petang
untuk kali ini petua yang ingin aku 'share' kan adalah petua kecantikan utk semua




kulit limau putihkan gigi
+gigi yang putih tentunya akan membuatkan senyuman lebih menawan.
cara yg boleh anda lakukan utk memutihkan gigi adalah dgn menggunakan bahagian kulit limau 
gosok gigi menggunakan kulit limau tadi.
insya'allah jika di amalkan gigi anda akan semakin putih







daun inai merawat kelemumur
+bagi anda yang mengalami masalah kelemumur,ambil  semangkuk daun inai
kisar b'sama sebiji telur hingga halus
sapukan bahan tadi pada kulit kepala dan bungkus dgn kain selama 1/2 jam
kemudian bilas rambut dgn air bersih 
amalkan 2 kali seminggu.







kuku cantik bersinar
+ingin m'dapatkan kuku yang cantik dan putih??
ambil seulas bawang putih dan belah dua
kemudian gosokkan pada kuku anda.
anda pasti akan b'puas hati dgn hasilnya









biji asam jawa kurangkan bengkak
+bg mengurangkan bengkak akibat gigitan binatang berbisa atau terkena duri,gunakan biji asam jawa
asah biji asam jawa b'sama air dan sapu pada bhagian t'sebut
ulang sehingga bengkak surut







Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Wednesday, June 15

TIP & PETUA

petua seumpama ini sesuai utk baby...mudah sangat


elakkan anak kencing malam
setiap pagi dan sebelum tido,beri anak anda minum sesudu madu yang dicampurkan dgn sedikit
perahan lemon.mudah2an anak kecil anda akan berhenti kencing malam

halia atasi kembung
ambil seketul halia b'saiz sederhana besar,bersihkan dan tumbuk sedikit 
kemudian masukkan ke dlm gelas dan tuang air yang mendidih anggaran setengah gelas
tutup permukaan gelas tersebut dgn piring selama 10 minit
selepas itu tapis dan jadikan dua bhgian 
sebhgiannya anda minum dan sebhgian lagi anda simpan di dlm peti sejuk
sekiranya perut anda terasa kembung lagi,ulang meminumnya sehingga perut berasa lega



cantikkan kening anak
jika ans=da ingin builu kening anak anda hitam dan lebat
ambil beberapa helai daun sirih,patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bhgian bergetah paada kening anak anda.lakukan setiap hari,hasilnya anda akan dapati kening anak anda akan jadi lebat dan hitam.
amalan ini hanya sesuai utk bayi berusia bawah setahun.





Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

TIP & PETUA

today aku nak tulis tentang petua dan tip yang kian dilupakan..petua2 ni amat berguna utk kita ,cume kita kena rajin je...zaman skrg senang beli saje produk2 untuk p'jagaan kulit dan diri...mereka x tau petua2 ni semua nya dari tumbuh2an tiada bahan kimia lagi...
selamat lagi...sesuai utk semua ..


PETUA:
payudara kembali anjal
ambil sebiji labu,kupas dan masak sehingga empuk.
setelah masak,biarkan seketika sehingga kurang panas dan kemudian ramas.
sapukan pada keseluruhan payudara.
biarkan 20 minit sblm dibilas.amalkan sehingga nampak kesannya

hilangkan parut
tumbuk beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk.
kemudian,campurkan dgn sedikit air dan bedak sejuk
setelah sebati,sapu rata campuran tadi kebhgian yang berparut.
lakuykan sekerap mungkin sehingga parut beransur pulih





Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...