Ber'santai' bersama ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

✿Jom baca entry ASFIERA minggu ini ✿

Tuesday, December 28

pergi nya cinta hati ku




perginya cinta hati ku
orang yang melahirkan ku
orang yang mengasuh ku
orang yang membesarkan ku...
segala-gala nya diuruskan oleh cinta hati ku
iaitu ARWAHYARHAMAH FATIMAH BT MD RASAD
ibu kandung ku yang tersayang

18hb June 2010 , 6.58 petang ..
Emak  pergi meninggalkan aku dan keluarga buat selama-lamanya ..
Pahit untuk di telan ...
Sakit untuk di fikir ..
Aku tak sangka emak pergi begitu cepat ..
Tak sempat dia nak tengok aku menjadi seorang ibu..
Tak sempat dia nak tengok,mengucup dan membelai cucu nya

Walaupun dah setahun 6 bulan emak pergi ..
Sesaat pun aku tak pernah lupakan dia ..
Setiap malam tido pasti air mata mengalir ..
Rasa macam tak percaya ..
Emak  dah takde ..

Aku redha ...
DIA lebih sayangkan emak ..
Cuma ....
Huh......susah nak cakap ..
Hanya orang yang pernah hilang orang-orang tersayang je yang memahami..

Aku rindu sgt kat Emak ...
Aku rindu nak buat kan susu Anlene untuk dia ..
Aku rindu nak belikan tudung dan baju untuk dia ..
Aku rindu nak makan masakan dari air tangan dia ..
Aku rindu nak bergurau senda dengan dia ..
Aku rindu segala-galanya ...

Sekarang yang tinggal cuma batu nesan untuk aku lepaskan rindu ..
Doa-doa dan bacaan yassin saja yang mampu aku sedekahkan ..
Cuma itu sahaja yang aku mampu buat untuk membalas jasa emak ..
Emak langsung tidak meninggalkan pesanan pada anak2 nya sebelum dia pergi ..

Mungkin dia tak nak kami semua risau....
Pemergian emak begitu pantas...
Dengan sekelip mata je...
Macam x percaya ia nya sudah terjadi...

Ya Allah ...sebak hati aku ...

Emak  ..
Along sayang emak sangat-sangat ..
Emak  akan sentiasa ada di hati  ..
Along  takkan lupa berdoa untuk emak ..
Along  takkan lupa bacakan Yassin untuk emak ..

Emak  ..
Ayah  rindu sgt dekat emak ..
Along janji akan jage adik-adik semua
Terutama sekali ERRA dan ARUL

Emak  ....
Walaupun emak dah tiada di sisi ...
Tapi emak sentiasa di hati  .....

Ya Allah ,
Tempatkan lah emak ku di kalangan orang-orang yang beriman & beramal solehah ,
Tempatkan lah emak ku di sisi kekasih mu ..
Kau permudahkan lah segala urusannya ...
Amin ya rabbal allamin .

AL FATIHAH ......

Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

kau umpama permata

Kau Permata Hati,Mummy

Aku diijabkabulkan pada 13 February 2009,selama 6 bulan baru ku disahkan mengandung.Kandunganku ini adalah cucu sulung dalam keluarga belah aku.Di sebelah mertua pula adalah cucu yang ke 4.Ibu ku meninggal sebelum aku disahkan mengandung,ibu ku tertunggu-tunggu kelahiran cucu sulungnya.Nampaknya hajat arwah ibu tidak terlaksana kerana ibu pergi sebelum dia mengetahui aku mengandung.

Sepanjang mengandungkan anak ini,aku mengalami alahan yang teruk.Aku pantang masuk dapur dan bau tumisan,mesti aku akan berasa mual dan muntah.Semasa aku mengalami alahan ini,ia berlaku pada bulan Ramadhan.Aku tidak dapat melaksanakan ibadah puasa pada tahun itu.Ia berlarutan sampai aku 3 bulan,selepas itu keadaan seperti biasa.Aku jadi seorang yang rajin,suka bersolek dan memasak.

Kandunganku semakin membesar,anak ku begitu aktif bergerak di dalam perut ku.Semasa aku tengah sarat,aku teringin sangat  pergi melancong.Tempat yang inginku pergi ialah Kelantan dan Terengganu,kerana sebelum ini aku tidak berpeluang ke sana.Kebetulan keluarga mertua aku berasal dari Kelantan so hendak pergi ke mana-mana tidak lah sesat.Wakaf Che Yeh merupakan salah satu pusat membeli belah yang amat terkenal dengan jualan yang murah-murah belaka.Aku memang suka ke sana sebab aku ni gila shopping.Bayangkan aku dengan sarat mengandung tanpa rasa penat aku tawaf satu Wakaf Che Yeh,abang dan akak ipar aku dah tak larat lagi.Aku rasa happy sangat masa itu.

Saat yang ku nanti-nantikan telah tiba,aku dah terasa lain macam je.Nak ikutkan due 17hb April 2010  lambat lagi.Aku dimasukkan wad pada 5hb sebab aku rasa perut ku memulas-mulas seperti senggugut,bukaan servik baru 3cm.Aku tunggu selama 2 hari baru aku dimasukkan ke dalam labour room tapi aku ingatkan terus je nak bersalin ,selama 10 jam aku kat labour room selepas itu aku ditolakkan ke dewan bedah kerana aku terpaksa di bedah taku bayi dalan kandungan akan lemas.Alhamdulillah,semuanya selamat.Suami sentiasa di sisi ku selama aku di labour room,suami ku banyak memberi kekuatan pada aku.Terima kasih abang.

Tepat jam 1.36 PM pada 7hb April 2010,aku melahirkan bayi lelaki yang comel  MUHAMMAD FARISH IRFAN B. MOHD PAJRATU SAFRI.Syukur sangat aku dikurniakan bayi lelaki kerana di sebelah mertua ada 4 cucu perempuan.So kehadiran bayi ku ini memberi sinar baru bagi keluarga aku dan mertua.Terima kasih semua kerana telah memberi semangat dan tunjuk ajar dalam pengurusan bayi pertama ku ini kerana aku tiada pengalaman ialah anak sulung.Kini bayi ku sudah berusia 4 bulan,bermacam-macam telatah yang mencuit hati kami sekeluarga.Irfan,kau lah permata hati mummy dan ayah.We love you so much.






           




Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

telatah anak...

telatah anak
macam-macam hal

aksi EFAN...

si ayah x jemu2 melayan kerenah si anak
si ayah sorang yg penyabar dan penyayang org nya
 si ibu pula seorg yg tegas dan penyayang jugak
si anak sangat memerlukan si ayah dan si ibu....
kasih sayang amat diperlukan oleh si anak..






Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...