Ber'santai' bersama ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

✿Jom baca entry ASFIERA minggu ini ✿

Monday, June 11

Melaka lagi.....

salam..

hye korang   :)

semalam CPA and family pergi jalan2 kat Melaka....firstly kami pergi pasar malam kat Masjid Tanah with kawan my hubby....saje2 dia ajak kuar bawak anak bini makan angin,kata nya.....
Pasar malam kat sini memang happening sangat....

selepas tu kami pergi makan kat Tanjung Keling...berhampira dgn Pantai Kundur atau Puteri...dulu nama pantai tu Pantai Kundur....klasik kan nama pantai tu....dan sekarang sudah bertukar menjadi Pantai Puteri...kat situ ada pelantar minyak...bila hari cuti ramai orang berkhemah dan ber BBQ ...memancing pun ada...kami just singgah je...sebab anak CPA ni mmg suke sangat main air...jadi tak boleh lama2 kat situ..


tu dia pelantar minyak
gambar yang sempat di ambil....


perut terasa lapar pulak...so kami pun cari tempat makan..tetiba aku tengok menu kat kedai tu ada somtam pulak...huh dah lama aku ngidam nak makan somtam...bila lalu kat Kg Baru KL tak kesempatan nak singgah pun....kali ni CPA mmg tak lepaskan peluang langsung..terus order...mkan yang tu je sampai habis licin....amik ko....!!! rasa macam nak order 1 lagi ,nak bawak balik...memandangkan kami nak g jalan lagi...terpaksa CPA batalkan niat...so lain kali CPA boleh pergi kedai ni lagi....

somtam...terbaeeekkkkk
kerabu betik muda...



yang lucu nye hubby aku orang kelantan tapi tak pernah makan 'somtam' ni..pelik kan....padahal kat kelantan pun ada...somtam ni makanan orang Thai....aku pernah tgk cite Thailand hari tu,,,tu sebab aku tertarik dgn makanan ni....Thanks hubby sbb bawak CPA makan SOmtam....

Lepas dah kenyang habis kan sepinggan Somtam kami terus pergi Melaka Town pulak...Hubby CPA teringin sangat nak naik Menara Taming Sari...so CPA layan kan je...seronok lah jugak ...nampak 1 Melaka...Hero kecik CPA memang teruja sangat naik bende2 macam tu...














hero CPA enjoy sangat naik menara.....xde perasan takut langsung...hero hati ku...





Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Sunday, June 10

resepi : Sate GorenG




untuk resipi kali ini CPA nak share dgn korang...  :)
iaitu



> SATE GORENG <

Bahan-bahan untuk Sate:
  • 1/2 kilo daging/isi ayam (dipotong/dihiris kecil2)
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 6 batang serai*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 sudu besar ketumbar *
  • 1/2 sudu besar jintan manis*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 3 sudu besar gula merah/brown sugar
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar air asam jawa
Cara-cara :
 Kisar kasar bahan-bahan yang bertanda *. 
Gaulkan bersama ayam/daging dan bahan-bahan selebihnya. Perap semalaman. 
Kemudian goreng(deep frying) dgn api sederhana. 

(jgn menggoreng daging terlalu lama kerana boleh menyebabkan ia menjadi liat).


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Saturday, June 9

sELamaT hArI BapA.....






<3 hye korang :)

 

Ayah ku Hamka b Atan,
ayah,kau  adalah segalanya bagi ku..
setelah ketiadaan ibu tercinta kau lah satu2 nya harta yang aku ada di dunia ini...
kau lah kekuatan bagi ku..
kau hadir bila aku dlm kesusahan..
kau sekalipun tak pernah menyusahkan kami adik beradik 


Ayah ku ..
terima kasih kerana telah membesarkan aku dan mendidik aku 
menjadi seorang anak,isteri dan ibu ...
kau telah membesarkan aku dengan penuh kesabaran dan ketabahan...
untuk aku berjaya di dunia dan akhirat....
kau tidak pernah jemu memberi aku nasihat dan kata-kata semangat ...
kau lah idola ku dan kekuatan ku....
pengorbanan mu mencari rezeki memang aku kagumi...
aku teramat menghargai segala2 nya....

tak lupa kepada BAPA MERTUA ku...Mat Saman b Mat Junoh
Putri dan Jay ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa.....
abah,seorang bapa yang tersangat sporting...tersangat beeessttt..
dalam masa yang sama kau lah abah...dan kau juga kawan.....

di kesempatan ini,CPA inigin memohon maaf kepada ayah dan abah...jika selama ini saya dengan tidak sengaja telah menyakitkan hati dan menguris perasaan ayah dan abah....
maaf kan segala keterlanjuran kata2 saya....





 ma dan abah....
ayah dan farish...








Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...