Ber'santai' bersama ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

✿Jom baca entry ASFIERA minggu ini ✿

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, March 27

tips untuk hidung tersumbat

salam


hye uolls ! :)

hari ni CPA macam nak share petua dan tips dengan uolls lah
boleh tak,sayang....?
sejak kebelakangan ni CPA selalu sangat kena selsema..bukan itu saja rimas dengan hidung tersumbat akibat selsema..kalau selsema biasa tidak mengakibatkan hidung tersumbat tak pe lah...ni nak bernafas pun payah...kesian CPA kan...??huhuhuhu....

so baru2 ni CPA ada terbaca 1 artikel di majalah mengenai bagaimana elakkan hidung tersumbat saat selsama...hmmm menarik....hal2 macam ni memang sering terjadi pada CPA di kala cuaca sejuk ....

ok uolls boleh amalkan tips ini :

hidung yang tersumbat kala selsema menjangkiti memang amat mengganggu..tapi jangan sesekali membiarkan lendir tersumbat di rongga hidung kerana ia boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru...
di sini ada jalan penyelesaian bagi masalah tersebut....

--> ketika tidur pastikan tidur dalam keadaan kepala lebih tinggi  ia dapat membantu mengurangi pembentukkan lendir

--> aroma pedas dari bawang merah ternyata berkesan utk menyingkirkan hidung tersumbat..cukup dengan mngupas sebiji bawang merah dan potong dua sebeluim menghidu aroma nya selama 5 minit

--> ambil makanan pedas kerana kandungan dari capsaicin yang terdapat di dalam rempah pedas seperti cili akan dapat membersihkan rongga hidung dalam waktu yang singkat apabila lendir keluar dgn sendiri drpd hidung

--> minum teh atau kopi panas ia dpt membantu utk mengeluarkan lendir melalui wap yang terhasil dari minuman panas

--> tambahkan beberapa titis menthol ke dalam air panas.kemuadian hadapkan wajah kpd wap air panas tersebut.untuk memperoleh wap maksimum mungkin ke muka,guna tuala kecil menutup kepala dlm bekas air tadi.

so uolls pilih lah tips yang paling senang dan mudah....biasa nya CPA akan minum minuman panas...mudah bukan...?
selamat mencuba ye....:)







kopi panas



Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Tuesday, October 25

tips utk menangani anak...




1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak 

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. 

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"





Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...