Ber'santai' bersama ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

✿Jom baca entry ASFIERA minggu ini ✿

Saturday, November 13

bEr!tA SeNsAS!.......

Kereta putus 2,pemandu cedera ringan

KUALA PILAH: Ibarat berpantang maut sebelum ajal, seorang anggota polis hanya cedera walaupun keretanya putus dua dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah berdekatan Bukit Putus di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, kereta Proton Wira yang dipandu anggota polis berusia 20-an itu dikatakan terbabas akibat jalan licin berikutan hujan renyai-renyai.

Saparul Kamal Othman, 44, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dia melihat Proton Wira berkenaan yang berada di depannya tiba-tiba hilang kawalan dan berpusing beberapa kali sebelum melintang ke tengah jalan. Saparul yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke Seremban, berkata sebuah kereta Gen2 yang dipandu wanita berusia 50-an, iaitu seorang guru besar bersama seorang lelaki berusia belasan tahun dari arah bertentangan, kemudian merempuh kereta anggota polis itu menyebabkan bahagian enjin Proton Wira berkenaan terputus daripada badannya.

“Tiba-tiba sebuah lagi kereta dari laluan sama anggota polis itu yang dipandu seorang wanita hamil berusia 20-an, merempuh bahagian depan Proton Wira yang tercabut itu,” katanya.

Saparul segera memberhentikan kenderaannya dan mendapati keempat-empat mangsa cedera.


Anggota polis berkenaan hanya cedera ringan di tangan manakala wanita hamil itu cedera di dada manakala guru besar wanita serta budak lelaki bersamanya masing-masing cedera di kaki dan kepala,” katanya yang kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan.



Sementara itu, jurucakap polis berkata, semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan dan punca kemalangan disiasat.

p/s: anggota polis yg dimaksudkan itu adalah sepupu suami ku...
      AMIR B.  ISMAIL




Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

0 orang suke bace.....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...