Ber'santai' bersama ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

✿Jom baca entry ASFIERA minggu ini ✿

Monday, August 15

malam LAILATUL QADAR....malam yg begitu istimewa....`








Bilakah Waktu Sebenar Lailatul Qadar




Ia berlaku setiap tahun, bukannya hanya pada ketika ia diwahyukan atau tahun ayat
itu diturunkan sahaja. Pertamanya, Lailatu Qadar hanya akan berlaku dalam bulan
Ramadhan. Kedua, kebanyakan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar berlaku
pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Ini adalah pendapat yang paling rajih (absah).
Ketiga, ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29
Ramadan.

Sebuah laman web meramalkan bahawa Lailatul Qadr pada tahun ini jatuh pada
malam 27 Ramadan 1427H bersamaan 20 Oktober 2006 (Lihat http://www.whenis.com/lailat-al-kadr-2006.asp ; dilayari pada 9 Oktober 2006], tahun 2007 – 9 Oktober
2007, tahun 2008 – 28 September 2008, tahun 2009 – 17 September 2009 dan tahun
2010 – 6 September 2010. Ramalan-ramalan ini adalah sesat belaka dan tidaklah benar
bahkan bertentangan dengan nas-nas yang sarih. Ini adalah kerana Nabi Muhammad
s.a.w. sendiri tidak pernah memaklumkan bilakah waktu sebenar Lailatul Qadr.


Apakah Dasar Keimanan Tentang Lailatul Qadr?

Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:

1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.
2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa
setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang
setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.
3. Para Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.
4.  Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).
5.  Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.
6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin
semata.


Kenapa Lailatul Qadr Dipilih Ianya Berlaku Pada 10 Malam Terakhir?


Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah
mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta
momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam
amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin
melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga pagi


Metos Dalam Masyarakat Melayu Mengenai Lailatul Qadr




Menemui malam Al-Qadr tidaklah melalui tanda-tanda fizikal. Hanya Allah jualah yang
mengetahui siapa yang dianugerahkanNya menemui malam tersebut. Tiada siapa
sebenarnya mengetahui bilakah berlakunya atau telah berlakunya malam Al-Qadr. Di
antara kejadian pelik yang merupakan metos yang dikaitkan dengan malam Al-Qadr
ialah:

1. Air sungai berhenti mengalir.
2. Pepohon menunduk.
3. Bekunya air.
4. Pokok sujud ke bumi
5. Ufuk langit merah

Sebenarnya, pengalaman merasai malam Al-Qadr tidaklah dapat dirasai atau dialami
oleh pancaindera. Kalaupun perkara-perkara pelik itu berlaku, ia hanyalah satu
kebetulan dan ketentuan Allah s.w.t. semata-mata. Rebutlah beramal di malammalam 10 terakhir Ramadan tanpa perlu melihat tanda-tanda fizikalnya. Adapun
orang yang mengalami malam tersebut, adakalanya mereka sendiri mengetahui
bahawa malam itu ialah malam Al-Qadr. Namun demikian, Allah lebih mengetahui.

Ramai juga yang tidak mahu tidur pada malam yang dijangkakan Lailatul Qadr
kononnya untuk bertemu dengan malam tersebut. Ini satu lagi perkara tahyul dan
tidak berasas.

Pokok terpenting ialah mempertingkatkan amalan-malan pada 10 malam terakhir
Ramadan. Kalaupun seseorang bertemu dengan malam Lailatul Qadr, akan tetapi
tidak mempunyai amalan, persiapan ibadah atau penyucian batin, maka tidaklah ia
mendapat keberkatan dan manafaat malam tersebut.


Petanda Berlakunya Lalilatul Qadr.


Petanda berlakunya malam istimewa ini boleh diketahui pada malam tersebut
ataupun pada pagi berikutnya. Namun demikian, semua petanda yang diberikan
dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar untuk dihuraikan kerana ketiadaan tanda
spesifik dan berfokus. Petanda pada waktu malam ialah riwayat Imam Ahmad bin
Hanbal  “Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama,
tenang, tidak dingin dan tidak pula panas ...”. Hadis ini menepati keadaan dan
suasana malam Al-Qadr yang sejahtera, tenang dan damai. Insyaallah pada malam
Lailatul Qadr, barangkali langit tidak akan kelihatan awan hitam atau gumpulan awan
tebal yang mengotorkan langit dengan noda. Katakanlah walau pada malam 27
Ramadan, langit kelihatan terang seperti malam 15 atau 16 bulan purnama. Maksud
tenang sukar untuk digambarkan, mungkin merujuk kepada ketenangan malam dan
suasana. Cuaca dan suhu tidak dingin dan tidak panas. Kalau di Malaysia barangkali
antara 24 hingga 29 darjah celsius.

Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim,  Abu
Daud,  dan  Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang
bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya
(kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak
kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi? Wallahu A’lam.





Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

0 orang suke bace.....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...