Ber'santai' bersama ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

✿Jom baca entry ASFIERA minggu ini ✿

Friday, September 9

syawal menjelma kembali....

bersyukur ke hadrat Illahi diberi kesempatan utk aku dan family semua meraikan 
hari yang mulia ini
kepada mereka yang sudah tiada 
jangan lah sesekali kita lupa 
pada tahun ini,aku tidak berkesempatan mengunjungi pusara bonda tercinta
sebab tahun ni adalah giliran beraya di Pantai Timur...
so kene ikut giliran lah...
bertolak ansur antara suami dan isteri..
ape2 jua kena lah berkorban...

raya pada kali ni agak meriah,sbb semua adik-beradik suami ku beraya bersama kecuali
abang yang sulung..
tidak pernah ku rasakan sebegini..
ye lah adik beradik aku cuma ada 4 orang je..
bile sorang xde terase lah sunyi sesangat...
aku berasal dari keluarga yg kecil...
so bile arwah mak tiada
hari raya macam x bermakna....
sunyi......
sepi........
kosong ...

_________________________________________________________________________________

@@@@@suasana di hari raya@@@@@

abang ipar yang ke 2
abe yen n kak zura
ni picture abang ipar yang ke 3 with abah n ma
budey n kak mas


adik ipar no 5 dan no 7
SITI NOORNABILAH & MOHD HAFIZEY
kedua2 nya masih study....


ma dan abah mertua ku....
SELAMAT HARI RAYA 
KEMAAFAN KU MOHON KAN....






Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

selamat hari raya aidilfitri.....

ehsan dr zueyeen.blogspot.com

salam aidilfitri
keampunan yang ku pinta
dan masih belom terlewat lagi utk aku mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

_______________suasana di hari raya___________

NUR QISTINA...mmg suke bergambar...

2 mak dara dgn 1 anak dara sunti...
tgh sibuk pose...
aku dh mcm tiang lampu..

QISTINA...peace...

qistina n tok bah
time ni baby kenit aku mengamuk..tak nak bergambar
menangis je...
biasa nya kalau dah bersiap cantik2..
nak kuar lah...
dia pun mngamuk lah kat ayah die
agak naik kereta...
buatkan susu,masukkan dalam buaian baru lah ok...
ngade2 baby kenit aku tu....




Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Monday, August 15

malam LAILATUL QADAR....malam yg begitu istimewa....`








Bilakah Waktu Sebenar Lailatul Qadar




Ia berlaku setiap tahun, bukannya hanya pada ketika ia diwahyukan atau tahun ayat
itu diturunkan sahaja. Pertamanya, Lailatu Qadar hanya akan berlaku dalam bulan
Ramadhan. Kedua, kebanyakan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar berlaku
pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Ini adalah pendapat yang paling rajih (absah).
Ketiga, ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29
Ramadan.

Sebuah laman web meramalkan bahawa Lailatul Qadr pada tahun ini jatuh pada
malam 27 Ramadan 1427H bersamaan 20 Oktober 2006 (Lihat http://www.whenis.com/lailat-al-kadr-2006.asp ; dilayari pada 9 Oktober 2006], tahun 2007 – 9 Oktober
2007, tahun 2008 – 28 September 2008, tahun 2009 – 17 September 2009 dan tahun
2010 – 6 September 2010. Ramalan-ramalan ini adalah sesat belaka dan tidaklah benar
bahkan bertentangan dengan nas-nas yang sarih. Ini adalah kerana Nabi Muhammad
s.a.w. sendiri tidak pernah memaklumkan bilakah waktu sebenar Lailatul Qadr.


Apakah Dasar Keimanan Tentang Lailatul Qadr?

Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:

1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.
2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa
setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang
setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.
3. Para Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.
4.  Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).
5.  Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.
6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin
semata.


Kenapa Lailatul Qadr Dipilih Ianya Berlaku Pada 10 Malam Terakhir?


Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah
mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta
momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam
amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin
melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga pagi


Metos Dalam Masyarakat Melayu Mengenai Lailatul Qadr




Menemui malam Al-Qadr tidaklah melalui tanda-tanda fizikal. Hanya Allah jualah yang
mengetahui siapa yang dianugerahkanNya menemui malam tersebut. Tiada siapa
sebenarnya mengetahui bilakah berlakunya atau telah berlakunya malam Al-Qadr. Di
antara kejadian pelik yang merupakan metos yang dikaitkan dengan malam Al-Qadr
ialah:

1. Air sungai berhenti mengalir.
2. Pepohon menunduk.
3. Bekunya air.
4. Pokok sujud ke bumi
5. Ufuk langit merah

Sebenarnya, pengalaman merasai malam Al-Qadr tidaklah dapat dirasai atau dialami
oleh pancaindera. Kalaupun perkara-perkara pelik itu berlaku, ia hanyalah satu
kebetulan dan ketentuan Allah s.w.t. semata-mata. Rebutlah beramal di malammalam 10 terakhir Ramadan tanpa perlu melihat tanda-tanda fizikalnya. Adapun
orang yang mengalami malam tersebut, adakalanya mereka sendiri mengetahui
bahawa malam itu ialah malam Al-Qadr. Namun demikian, Allah lebih mengetahui.

Ramai juga yang tidak mahu tidur pada malam yang dijangkakan Lailatul Qadr
kononnya untuk bertemu dengan malam tersebut. Ini satu lagi perkara tahyul dan
tidak berasas.

Pokok terpenting ialah mempertingkatkan amalan-malan pada 10 malam terakhir
Ramadan. Kalaupun seseorang bertemu dengan malam Lailatul Qadr, akan tetapi
tidak mempunyai amalan, persiapan ibadah atau penyucian batin, maka tidaklah ia
mendapat keberkatan dan manafaat malam tersebut.


Petanda Berlakunya Lalilatul Qadr.


Petanda berlakunya malam istimewa ini boleh diketahui pada malam tersebut
ataupun pada pagi berikutnya. Namun demikian, semua petanda yang diberikan
dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar untuk dihuraikan kerana ketiadaan tanda
spesifik dan berfokus. Petanda pada waktu malam ialah riwayat Imam Ahmad bin
Hanbal  “Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama,
tenang, tidak dingin dan tidak pula panas ...”. Hadis ini menepati keadaan dan
suasana malam Al-Qadr yang sejahtera, tenang dan damai. Insyaallah pada malam
Lailatul Qadr, barangkali langit tidak akan kelihatan awan hitam atau gumpulan awan
tebal yang mengotorkan langit dengan noda. Katakanlah walau pada malam 27
Ramadan, langit kelihatan terang seperti malam 15 atau 16 bulan purnama. Maksud
tenang sukar untuk digambarkan, mungkin merujuk kepada ketenangan malam dan
suasana. Cuaca dan suhu tidak dingin dan tidak panas. Kalau di Malaysia barangkali
antara 24 hingga 29 darjah celsius.

Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim,  Abu
Daud,  dan  Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang
bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya
(kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak
kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi? Wallahu A’lam.





Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Saturday, August 13

happening time...karaoke with my sibling part II

selepas selesai menyumbangkan lagu..dan mengeringkan tekak...
terjadilah satu tragedi yang tidak ku sangka2 kan....
sepanjang hidup aku memang tak pernah mengalami nya....
nak tahu ape yang telah terjadi???
iissshh3x....malang sungguh....

perkara : tayar meletupdan bocor
tempat : selekoh tajamdi Bahau
jam : 1.05 pagi

tengok tu kemek betul..
baru je tukar tayar baru...
waaaaa......
suka2 menjadi duka.......






Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Friday, August 12

happening time...karaoke with my sibling


setelah sekian lama aku tak ber'karaoke' with my adik-beradik...
sekian lama juga aku x mengeluarkan suara yang lunak ni..
selama 3 jam bertapa dlam bilik karaoke..
melepaskan hajat,nanti balik Terengganu xde lah nak melalak mcm ni lagi...



ini lah tempat nya...just for family
biase nye ayah join sekali tapi kali x de...

acu efan tgh nyanyi...
lagu 'cinta azali by nurul'

tgh tnggu giliran..

nak pilih lagu...


ragam anak buah
nur qaseh qaleesya

ni pulak anak aku
muhammad farish irfan

makan snek smapai bersepah2 bilik tu

kene silau flash



amboi bukan main asyik menyanyi...
penuh dgn p'hayatan....
lusa nak trial exam dah....



setelah selesai melalak...tercipta lah satu tragedi.....











tunggu next part.....



Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...