Ber'santai' bersama ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

✿Jom baca entry ASFIERA minggu ini ✿

Tuesday, December 28

kau umpama permata

Kau Permata Hati,Mummy

Aku diijabkabulkan pada 13 February 2009,selama 6 bulan baru ku disahkan mengandung.Kandunganku ini adalah cucu sulung dalam keluarga belah aku.Di sebelah mertua pula adalah cucu yang ke 4.Ibu ku meninggal sebelum aku disahkan mengandung,ibu ku tertunggu-tunggu kelahiran cucu sulungnya.Nampaknya hajat arwah ibu tidak terlaksana kerana ibu pergi sebelum dia mengetahui aku mengandung.

Sepanjang mengandungkan anak ini,aku mengalami alahan yang teruk.Aku pantang masuk dapur dan bau tumisan,mesti aku akan berasa mual dan muntah.Semasa aku mengalami alahan ini,ia berlaku pada bulan Ramadhan.Aku tidak dapat melaksanakan ibadah puasa pada tahun itu.Ia berlarutan sampai aku 3 bulan,selepas itu keadaan seperti biasa.Aku jadi seorang yang rajin,suka bersolek dan memasak.

Kandunganku semakin membesar,anak ku begitu aktif bergerak di dalam perut ku.Semasa aku tengah sarat,aku teringin sangat  pergi melancong.Tempat yang inginku pergi ialah Kelantan dan Terengganu,kerana sebelum ini aku tidak berpeluang ke sana.Kebetulan keluarga mertua aku berasal dari Kelantan so hendak pergi ke mana-mana tidak lah sesat.Wakaf Che Yeh merupakan salah satu pusat membeli belah yang amat terkenal dengan jualan yang murah-murah belaka.Aku memang suka ke sana sebab aku ni gila shopping.Bayangkan aku dengan sarat mengandung tanpa rasa penat aku tawaf satu Wakaf Che Yeh,abang dan akak ipar aku dah tak larat lagi.Aku rasa happy sangat masa itu.

Saat yang ku nanti-nantikan telah tiba,aku dah terasa lain macam je.Nak ikutkan due 17hb April 2010  lambat lagi.Aku dimasukkan wad pada 5hb sebab aku rasa perut ku memulas-mulas seperti senggugut,bukaan servik baru 3cm.Aku tunggu selama 2 hari baru aku dimasukkan ke dalam labour room tapi aku ingatkan terus je nak bersalin ,selama 10 jam aku kat labour room selepas itu aku ditolakkan ke dewan bedah kerana aku terpaksa di bedah taku bayi dalan kandungan akan lemas.Alhamdulillah,semuanya selamat.Suami sentiasa di sisi ku selama aku di labour room,suami ku banyak memberi kekuatan pada aku.Terima kasih abang.

Tepat jam 1.36 PM pada 7hb April 2010,aku melahirkan bayi lelaki yang comel  MUHAMMAD FARISH IRFAN B. MOHD PAJRATU SAFRI.Syukur sangat aku dikurniakan bayi lelaki kerana di sebelah mertua ada 4 cucu perempuan.So kehadiran bayi ku ini memberi sinar baru bagi keluarga aku dan mertua.Terima kasih semua kerana telah memberi semangat dan tunjuk ajar dalam pengurusan bayi pertama ku ini kerana aku tiada pengalaman ialah anak sulung.Kini bayi ku sudah berusia 4 bulan,bermacam-macam telatah yang mencuit hati kami sekeluarga.Irfan,kau lah permata hati mummy dan ayah.We love you so much.






           




Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

0 orang suke bace.....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...