Ber'santai' bersama ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

✿Jom baca entry ASFIERA minggu ini ✿

Sunday, June 19

1 lagi resipi macaroni

Assalamualaikum...

aku mmg suke memasak dan juga mngumpul resipi...
bila aku xde idea nak masak aku pun cuba lah resipi yang agak pelik bg aku...
en hubby aku makan je ape yaang aku masak..janji sedap..lagi2 "air tangan" isteri kan

satu lagi resipi macaroni...yang agak sempoi...




P1270253


BAHAN-BAHANNYA:-)
150 gram makaroni yang belum direbus
1 keping daging burger, dihancurkan
15 pokok daun kuchai, hiris kasar
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tomato
1 camca teh jintan manis, tumbuk hancur (mat guna serbuk)
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rebus makaroni dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, tambah cili kisar, jintan manis dan tumis hinggga garing. Masukkan daging dan kacau rata.
  2. Tambah sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau rata dan tuang air. Biar mendidih dan daging masak. Masukkan makaroni dan gaul. Tabur kuchai dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa. Ok, boleh matikan api.
  3. Tabur cili merah yang telah didadu tadi sebelum dihidangkan....Jomm sarapan semua!!!..

simple je kan...insya'allah aku akan cuba...utk suami dan anak t'sayang...

Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

0 orang suke bace.....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...