Ber'santai' bersama ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

✿Jom baca entry ASFIERA minggu ini ✿

Thursday, March 8

Nasi Ayam Hainan ku setaraf Hotel....???

As'salam korang ! :)

 pening betul kepala CPA nak masak ape hari ini.....bahan2 tuk masak ada dah dalam peti sejuk tu,tinggal nak masak je...'nak masak ape ye hari ini....?' huhuhuhu
bukan senang ye nk tentu kan menu utk hari2....so sebagai suri rumah seperti CPA ni kena lah beli buku resepi....kalau tak pun share ngan kawan2 atau search je dlm internet....tapi kalau dh ngadap laptop...x jadi masak....lain yg jadi...sebaik2 nye sebelum masak jangan nak gatal2 tangan nak 'On9'....
CPA sarankan korang buka buku resepi je....hehehe..

setelah bagi En Hubby makan...siap dia suruh CPA jual Nasi Ayam...dia kata nasi nya dah setaraf dgn hotel....hmm ade2 je En Hubby tu kan.....
sbb En hubby pernah keje kat hotel seketika dahulu.... dan dia pernah rasa nasi ayam kat sana....

so hari ni CPA nak masak "NASI AYAM HAINAN" yg simple....

Resepi Nasi Ayam Hainan ( Yang Ori )
Untuk Ayam
1 ekor ayam sederhana besar
1 1/2 inci halia ( dipotong/di ketuk)
5 ulas bawang putih ( di tumbuk)
1 periuk air
1 kiub pati ayam ( jika suka)
sedikit garam
minyak bijan secukupnya untuk memerap.
Cara membuatnya
1. Masukkan halia, bawang putih, garam dan kiub ayam dalam periuk yang berisi air. Didihkan.
2. Masukkan Ayam dan masak selama 40-45 minit  (ikut saiz ayam).
3. Keluarkan ayam, masukkan ia dalam besen yang berisi air yang bercampur ais dan rendam selama 20 minit. Tujuanya adalah supaya ayam tadi tidak kering dan akan menjadi lembab ketika dipotong dan dimakan.
4. Keluarkan ayam dan lumurkan dan perap dengan minyak bijan. Ketepikan dahulu.
5. Bila sampai masa menghidang boleh di potong-potong dan di hidangkan dengan nasi ayam dan sos/sambalnya.
** Stok ayam di bahagi 2. Separuh untuk sup dan separuh lagi untuk memasak nasi.
*** Versi saya lepas rebus, saya perap dengan minyak bijan, sos tiram, kicap manis, garam, halia, dan bawang putih kemudian bakar seketika dalam oven ( last minute tekak saya nak makan ayam yang di grill pulak). Bakar tak perlu lama kerana ayam telah pun di masak…. cuma nak kulit ayam nampak garing dan gelap je…..)
untuk NASI pulak
2 cawan beras (sbb x ramai)
4-5 cawan air rebusan ayam – jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar majerin/minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis (option)
daun pandan ( option)
Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.
*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya ( untuk jaga kesihatan sbb dh berisi cikit skrg ni )
untuk kuah nya pulak CPA pakai sos instant je...
sos cili first choice ( yg cair ) atau sos cili Thai
tapi kalau korang nak nak buat sendiri..CPA ada resepi nya...

 *untuk SOS Nasi Ayam
6 batang cili merah
2 biji buah tomato
3 ulas bawang putih
1  inci halia
4-5 sudu besar cuka atau jus limau
2 sudu besar gula
1 sudu makan garam
sedikit air masak
Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan dalam blender dan kisar hingga hancur.
2. Sesuaikan rasa dan hidangkan.
*Resepi Sos Halia
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2-3 sudu jus limau
Cara penyediaannya
*Tumbuk halia dan bawang putih kemudian masukkan semua bahan lain. Sesuaikan rasa dan hidangkan.
*Untuk Sos Hitam
3-4 sudu besar kicap cair
1 cawan stok ayam
1 sudu teh gula
1 sudu makan minyak bijan
perasa.
Cara penyediaannya
1. Satukan semua bahan dan kacau hingga rata. Sesuaikan rasa dan hidangkan.
yang bertanda * CPA tak buat pun...nasi ayam hainan CPA yg agak simple....yang penting nasi nya kene sedap...




Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

0 orang suke bace.....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...