Ber'santai' bersama ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

✿Jom baca entry ASFIERA minggu ini ✿

Thursday, March 8

Nasi Ayam Hainan ku setaraf Hotel....???

As'salam korang ! :)

 pening betul kepala CPA nak masak ape hari ini.....bahan2 tuk masak ada dah dalam peti sejuk tu,tinggal nak masak je...'nak masak ape ye hari ini....?' huhuhuhu
bukan senang ye nk tentu kan menu utk hari2....so sebagai suri rumah seperti CPA ni kena lah beli buku resepi....kalau tak pun share ngan kawan2 atau search je dlm internet....tapi kalau dh ngadap laptop...x jadi masak....lain yg jadi...sebaik2 nye sebelum masak jangan nak gatal2 tangan nak 'On9'....
CPA sarankan korang buka buku resepi je....hehehe..

setelah bagi En Hubby makan...siap dia suruh CPA jual Nasi Ayam...dia kata nasi nya dah setaraf dgn hotel....hmm ade2 je En Hubby tu kan.....
sbb En hubby pernah keje kat hotel seketika dahulu.... dan dia pernah rasa nasi ayam kat sana....

so hari ni CPA nak masak "NASI AYAM HAINAN" yg simple....

Resepi Nasi Ayam Hainan ( Yang Ori )
Untuk Ayam
1 ekor ayam sederhana besar
1 1/2 inci halia ( dipotong/di ketuk)
5 ulas bawang putih ( di tumbuk)
1 periuk air
1 kiub pati ayam ( jika suka)
sedikit garam
minyak bijan secukupnya untuk memerap.
Cara membuatnya
1. Masukkan halia, bawang putih, garam dan kiub ayam dalam periuk yang berisi air. Didihkan.
2. Masukkan Ayam dan masak selama 40-45 minit  (ikut saiz ayam).
3. Keluarkan ayam, masukkan ia dalam besen yang berisi air yang bercampur ais dan rendam selama 20 minit. Tujuanya adalah supaya ayam tadi tidak kering dan akan menjadi lembab ketika dipotong dan dimakan.
4. Keluarkan ayam dan lumurkan dan perap dengan minyak bijan. Ketepikan dahulu.
5. Bila sampai masa menghidang boleh di potong-potong dan di hidangkan dengan nasi ayam dan sos/sambalnya.
** Stok ayam di bahagi 2. Separuh untuk sup dan separuh lagi untuk memasak nasi.
*** Versi saya lepas rebus, saya perap dengan minyak bijan, sos tiram, kicap manis, garam, halia, dan bawang putih kemudian bakar seketika dalam oven ( last minute tekak saya nak makan ayam yang di grill pulak). Bakar tak perlu lama kerana ayam telah pun di masak…. cuma nak kulit ayam nampak garing dan gelap je…..)
untuk NASI pulak
2 cawan beras (sbb x ramai)
4-5 cawan air rebusan ayam – jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar majerin/minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis (option)
daun pandan ( option)
Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.
*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya ( untuk jaga kesihatan sbb dh berisi cikit skrg ni )
untuk kuah nya pulak CPA pakai sos instant je...
sos cili first choice ( yg cair ) atau sos cili Thai
tapi kalau korang nak nak buat sendiri..CPA ada resepi nya...

 *untuk SOS Nasi Ayam
6 batang cili merah
2 biji buah tomato
3 ulas bawang putih
1  inci halia
4-5 sudu besar cuka atau jus limau
2 sudu besar gula
1 sudu makan garam
sedikit air masak
Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan dalam blender dan kisar hingga hancur.
2. Sesuaikan rasa dan hidangkan.
*Resepi Sos Halia
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2-3 sudu jus limau
Cara penyediaannya
*Tumbuk halia dan bawang putih kemudian masukkan semua bahan lain. Sesuaikan rasa dan hidangkan.
*Untuk Sos Hitam
3-4 sudu besar kicap cair
1 cawan stok ayam
1 sudu teh gula
1 sudu makan minyak bijan
perasa.
Cara penyediaannya
1. Satukan semua bahan dan kacau hingga rata. Sesuaikan rasa dan hidangkan.
yang bertanda * CPA tak buat pun...nasi ayam hainan CPA yg agak simple....yang penting nasi nya kene sedap...




Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Wednesday, March 7

-->farish irfan semakin 'grown up'....<--

salam korang ! :)




dah lama CPA tak story tentang 'anak lelaki' CPA yang semakin membesar...semakin nakal...semakin bijak...semakin manja...
dan macam2 lagi keranah dan telatah 'anak lelaki' CPA...

sekarang dia dah pandai dengar dan patuh pada arahan...apa yang kita suruh dia akan buat...


baru dilahirkan dlm beberapa jam....
lain btul muke ucuk ami ni.....

baru seminggu dilahirkan.....
'tiuttt nya dia......"


suke tgk gelak ketawa....
hilang kepenatan....hilang stress....
dlm seusia begini dia ingin kita happy2 selalu.....

'ami suke sangat tgk pic baby yg ni.....'
mase ni bru 8 bulan.....
gigi pun x penuh lagi....
tiuuuuttt sesgt....

hah yang ni pulak....pic terkini.....
x suke b'gambar...suke sangat lari2 bila nak snap pic dia...
baget hensem anak umie ni.....

usia nya hampir menjangkau 2 tahun...
7hb April 2012....genap usia nya 2 tahun...
wah...makin besar anak umi......
antaranya :
--> "adik pegi mandi...?"...klu dia nak mandi,dgn diam dia terus je meluru ke bilik air....klu time dia tak nak...geleng kepala....tak nak lah tu...

--> "dik,g buang sampah ni...?"...klu rajin ..dia pegi,klu dtg time malasssssss...hmmm wat x tau je.....

--> "sayang...nak susu x..?g cari botol susu...."...klu bab susu x perlu b'lengah lagi...laju je dia pergi amik....

-->...klu kita marah dia...dgn selamba dia dtg peluk pas tu cakap..."ayaaannggg ami..."..huhhuhuhu cair dibuatnya...

-->..klu kita bukak laptop je...."ami...boooboi boy..." tak pun.."ami...bebird..."..bebird yg dimaksudkan 'angry bird'....fuuuhh jenuh melayan

-->dah pndai minat dgn 'K-POP'...aku pun t'kezut gak...siap dgn dance lagi.....

kalau 'tok bah ngan tok ma' tgk gelagat cucu dia ni mesti tak bagi 'anak lelaki 'CPA ni balik...



feveret cartoon....mne2 saje jmpe msti nak .......
dia mmg kenal sangat dgn cartoon ni.....
walau pun kecik......


dengar lagu pun dia dh kenal.....
memori anak2 skrg mmg tajam....
so sbg ibubapa kne lah tunjuk contoh yg baik....

satu lagi cartoon yang dia suka sangat .....


peminat fanatik boboi boy....




Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Monday, March 5

Mr Jay brahi 'Nasi Berlauk'.....

bile rindu melanda di kampung halaman macam2 nak makan....Mr Jay mmg 'brahi' sangat dengan 'Nasi Berlauk'...maso dok Ganu slalu sangat make nasi Berlauk ni....klu bukan beli kat kedai...suruh Ma wat kan....selama aku dok dengan Mak Mertua ni byk gok aku blaja masakan Pantai Timur ni..
bukan susah pun....

so utk memenuhi permintaan dr Mr Jay,CPA masakan lah utk Mr Jay...
bile CPA ckp hari ni menu 'Nasi Berlauk'..
amboi x berlengah lagi dia...
CPA suke sangat tgk Mr Jay menikmati masakan yg CPA masak...
no komen dr Mr Jay....

sekurang2 nya Mr Jay dapatlah lepaskan rindu pada kampung halamannya...

Ni resepinya:
1 ekor ikan tongkol
( kalu nk sedap rebus dahulu ikan).
 2 biji cili besar
santan pekat
sedikit garam n gula.
Asam keping

Bahan A-dikisar
3 hiris lengkuas
4 ulas bwg merah
1 inci kunyit hidup/serbuk

Cara-cara:
Masukkan santan, bahan A, asam keping, garam, gula ke dalam periuk.
Kemudian masukkan ikan yg telah direbus (pastikan tos airnya)
Setelah hampir masak, masukkan cili besar/terung/ timun / kacang panjang-(jika suka)
Pastikan kuahnya pekat.
Sedap dimakan ketika nasi panas n bersama sambal.





Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Sunday, March 4

sotong sumbat...


SOTONG SUMBAT....yummmmy




Bahan-bahan:

600 gm sotong
500 ml air
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 tangkai cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 tangkai cili merah, buang biji dan cincang halus
1 bawang besar, dihiris bulat-bulat
4 sudu makan rempah kari ikan2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi pencucuk secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
2. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
3. Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
4. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga naik bau.
5. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan
kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

perjalanan cinta kita...

assalamualaikum korang! :)


sebenarnya dah lame sangat nak tulis entry mengenai "Perjalanan CINTA kita"
menceritakan  serba sedikit ttg per'CINTA'an CPA with my Mr Jay....(en hubby yg onsem)
dari detik perkenalan....percintaan....pertunangan...pernikahan....detik melahirkan....dan sehingga kini....

tanggal 13hb Februari ...genap kami 3 tahun melayari bahtera perkahwinan yang cukup indah bersama insan tersayang..pada mula agak sukar sbb selama ni CPA selalu spend time dgn my mum ...but now everything kene share ngan Mr Jay...sharing tu penting dlm setiap perkahwinan...ye tak???

--->detik perkenalan & percintaan

CPA kenal Mr Jay dr 'cinta pandang pertama'..mmg onsem lah...masa tu CPA keje biase2 je kat Bahau..kebetulan mmbe CPA kenalan Mr Jay so CPA pun mengambil kesempatan utk mengetahui serba sedikit ttg Mr Jay...sepanjang perkenalan kami mmg cute sangat....sbb CPA mmg nakal cikit suke mngenakan Mr Jay...mase tu aku bayangkan Mr Jay adalah 'prince charming 'CPA...walau macam mne pun CPA harus tackle Mr Jay smpai dapat....hehehehe nakal kan.....

sepanjang percintaan kami seperti pasangan lain ada pasang dan surut nya..hubungan kami berkekalan sehingga sekarang disebabkan restu kedua belah pihak family...baik belah CPA dan juga sebelah pihak Mr Jay...ayah dan arwah mak sayang sangat pada Mr Jay..sebab dia seorang yang pndai ambil hati orang tua...lemah lembut...sesiapa yang akan rapat dengan nye pasti senang dgn kehadiran nya...sama lah CPA bile bersama dengan family Mr Jay...

kami telah bersepakat utk berkongsi suka duka bersama...

pic dulu2....

mse bercinta

hensem kan Mr Jay.....love u..

--->detik pernikahan dan perkahwinan

kami telah memilih tarikh yang sama dengan tarikh hari lahir aku iaitu pada 13hb February 2009 ....tak sangka pulak ia jatuh pada hari jumaat....kami telah diijabkabulkan pada petang jumaat....penghulu segala hari..
setelah selesai diijabkabulkan aku tak dapat menahan sebak kerana selepas ini aku telah pun menjadi isteri dan akan menjadi seorang ibu...tanggungjawab yang amat besar yang perlu aku galas....dan juga airmata kegembiraan kerana aku akan sentiasa bersama suka duka ..manis pahit akan berkongsi sepanjang masa...kalau boleh hingga ke 'syurga'....insya'allah....amin

selesai sudah....

kucupan kasih dr suami tersyang

restu dr seorang ayah utk anak nya
terima kasih ayah

restu dr arwah mak..
trima kasih mak..
kami merindui mu....al-fatihah




---------->>>>continue part 2<<<<-------------





Terima Kasih kerana sudi membaca Entry PU3! LIKE kalau SUKE...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...